Showing posts with label ganaz. Show all posts
Showing posts with label ganaz. Show all posts

Saturday, November 7, 2009

Kahwin itu disebabkan gatal belakang?


Lelaki ini kahwin 2





Mereka ini gatal belakang.Gambar Ihsan



Ramai sahabat sahabat karib gua sudah berkahwin , bertunang dan sebagainya. ini yang gua x puas hati ni. semakin mengecil la geng geng bujang macam gua ni. apa pasal lu nak kahwin?

lu da gatal merenyam sangat ker?gua tujukan soalan ni pd sahabat sahabat yang berkaitan.

sambil mendengar lagu mawi walaupun vokal gua lagi world dari dye , gua teringat masa akak gua no 3 kawen dulu.masa tu gua baru pandai bertatih.

budak nakal: mak, nape akak "bila" nak kawin?

akak bila tu panggilan untuk akak gua yang tersayang.

omak eden: Bosar nant ekau tawla jang..omak sibuk ni poei la men dongan abang ngah ekau

mak gua bilo sembang dengan gua memang pokat loghat nogorinyo walaupun dio da bermastautin di pahang selama 25 tahun sampai gua pown terikut.terima kasih mak.

gua pown dengan otak yang bingung pergi mencari abang ngah gua dekat rumah jiran gua.oo kat sini ghuponyo, sedang bermain gitar dan menyanyikan lagu air mata saksi cintaku dari kumpulan lestari.

jiwang habis. agaknya abang gua ni pown dah x sabar nak kahwin.akak gua no 3 ni dah langkah bendul. sebab tu abang gua layan perasaan main lagu jiwang sambil memakai seluar jean koyak di lutut dan baju shirt bergambar kurt kobain.

dalam hati gua " patutla lu xde awek sampai sekarang"

abang ngah gua tiba tiba berhenti menggoreng gitar, dan memanggil gua.

abang ngah: maghi kojap, gatal la blakang badan aku ni. ko garukan.

gua masa tu memang boleh dikategorikan sebagai budak milo.apa apa hal memang gua jadi budak milo. beli rokok dekat kedai haji hamid, beli roti la,beli air cokela. sampai haji hamid tension dengan gua. " ko isap rokok ke puteh? aku report dekat mak ko nanti".

untuk makluman, masa gua kecik dulu orang kampung gua panggil gua puteh. dah besar jadi putih karat.

abang ngah: erm sedap..sedap sedap..

abang ngah gua mengerang kesedapan akibat garuan dari tangan gua yang agak halus. suara kesedapan itu menarik perhatian anak lelaki jiran gua. nasib baik anak anak dara sunti tak dengar.kalau ada yang dengar tu,mesti tengah menyorok dekat celah celah tingkap,menghayati suara kesedapan itu.

Mizan: itula ko. aku suruh kau kawin ko xnak.kalau x, bini ko yang garu belakng ko sekarang ni.

Abang ngah gua senyap seribu kata sambil memejam mata. mungkin beliau dialam mimpi bersama bidadari syurga.gua tersenyum puas.

Jawapan gua sudah dapat. gua mencari mak gua. di suatu sudut belakang rumah gua di sebelah kolam ikan keli, gua berjumpa mak gua sambil membawa khabar gembira.

Budak nakal: mak, orang dah tau sebab apa akak " bila" nak kahwin..

omak eden : sobab apo?

Budak nakal: sebab akak gatal belakang.

Tiba tiba Mak andak gua yang tengah menyiang ayam menyampuk tanpa memberi salam,

Mak andak: salah tu jang.. sobonarnyo gatal dopan.

Gua bingung, dan terus blah begitu sahaja.

P/s: sertai persatuan bujang semalaysia